Selasa, 2 Rabiulakhir 1440 / 11 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM TERAPI MEWARNA BAGI ANAK-ANAK PEGAWAI MAIS

SHAH ALAM 6 Oktober  –  Satu program terapi mewarna bagi anak-anak pegawai MAIS anjuran Pusat Pengetahuan MAIS telah diadakan bertempat di ruang legar Perpustakaan Wakaf MAIS. Program ini adalah salah satu Program sempena Bulan Membaca MAIS 2018 yang berlangsung selama 3 bulan bermula pada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari.

Program ini sangat bermanfaat kepada kanak-kanak sebagai salah satu kaedah meditasi, mengurangkan tekanan perasaan dan dapat merubah pemikiran negatif kepada positif. Program ini juga dapat membantu kanak-kanak menyerlahkan kreativiti mereka serta membantu mereka menumpukan perhatian untuk mencapai tahap kesedaran yang terbaik. 

Program ini melibatkan semua pegawai dari Pusat Pengetahuan MAIS dan seorang pelajar latihan industri daripada Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM Puncak Perdana. Penceramah bagi program ini ialah Puan Hasnita Hj. Ibrahim iaitu Pengurus Pusat Maklumat & Perpustakaan BERNAMA dan disertai oleh 47 orang kanak-kanak yang terdiri daripada anak-anak pegawai MAIS.