Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS DAN YIDE SALUR BANTUAN KEPADA SALAH SEBUAH KELUARGA ARWAH ANGGOTA BOMBA

PORT DICKSON 9 Oktober  –   Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) kan memberi sumbangan kepada keluarga arwah, Almarhum Adnan Bin Othman yang merupakan salah seorang anggota bomba dalam misi menyelamat mangsa lemas tempoh hari.

Dalam kunjungan ini, MAIS telah menyalurkan sumbangan berbentuk wang tunai dengan jumlah RM1,000.00 dan YIDE pula dengan jumlah RM500.00 kepada keluarga arwah. Arwah meninggalkan seorang isteri, dua (2) orang anak yang masing-masing berusia empat (4) tahun dan dua (2) tahun.

Bantuan ini juga merupakan hasrat YAD Dato’ Setia Pengerusi MAIS untuk membantu sedikit sebanyak bebanan dalam menjalani kehidupan seperti biasa. 

Sumbangan disampaikan oleh YBhg. Datin Paduka Suadah Binti Sulaiman, Anggota MAIS. Turut hadir dalam program serahan sumbangan ini ialah Puan Norraini Binti Nordin, Pengarah Pengurusan Korporat, Puan Kasmawati Binti Abdul Latif, Ketua Audit Dalam MAIS dan beberapa orang pegawai MAIS dan YIDE. 

Dalam insiden tersebut, satu tragedi melibatkan enam (6) penyelam Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) lemas ketika melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) merupakan yang pertama dalam sejarah jabatan itu membabitkan sekumpulan anggota terkorban pada satu masa.

Enam (6) yang terkorban terdiri daripada empat anggota Bomba dan Penyelamat Pelabuhan Klang dikenali sebagai Mohd Fatah Hashim, 34; Izatul Akma Wan Ibrahim, 32; Mazlan Omarbaki, 25, dan Yahya Ali, 24. Dua (2) lagi mangsa adalah dari Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam yang dikenal pasti sebagai Adnan Othman, 33, dan Muhammad Hifdzul Malik Shaari, 25.