Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

PROGRAM PUSAT PENGETAHUAN MAIS BERSAMA PELAJAR SEKOLAH AGAMA RENDAH KAFA INTEGRASI KAMPUNG KASTAM, PELABUHAN KLANG

PUSAT PENGETAHUAN MAIS – Satu program bersama pelajar Sekolah Agama Rendah KAFA Integrasi Kampung KASTAM (S.A.R KAFAI Kg. Kastam) telah diadakan baru-baru ini bermula pada 8.30 pagi sehingga 11.30 pagi. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar sekolah tentang kepentingan perpustakaan sebagai tempat untuk mencari ilmu di samping sebagai tempat rujukan dan pengetahuan.

Program ini telah berlangsung dengan jayanya dengan melibatkan 40 orang pelajar sekolah dan 4 orang guru diketuai oleh Puan Mastura binti Munjiat. Pelbagai aktiviti menarik sepanjang program berlangsung antaranya ialah ialah aktiviti mewarna, aktiviti menyambung titik bergambar, pertandingan mencari perkataan, pertandingan membaca jawi, aktiviti kuiz berkaitan pengetahuan am dan penyerahan buku wakaf.

Program ini juga secara tidak langsung dapat mempromosikan Pusat Pengurusan Pengetahuan (Perpustakaan Wakaf) yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam di samping menggalakkan kanak-kanak untuk mengunjungi perpustakaan sekali gus menjadikan rumah kedua sebagai sumber rujukan utama mereka.

Program ini dikendalikan oleh Pusat Pengetahuan MAIS, Sektor Penyelidikan & Perancangan Strategik MAIS diketuai oleh Encik Mohd Zharip bin Maarop, Eksekutif Pusat Pengetahuan MAIS bersama dua orang pegawai Pusat Pengetahuan MAIS dan seorang pelajar latihan industri daripada UiTM Shah Alam.