Khamis, 19 Syaaban 1440 / 25 April 2019

Berita

MAIS DEKATI ASNAF RIQAB

AMPANG  –   Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan kerjasama Hijrah Republique Network telah mengadakan Bengkel Kemahiran Asas Kaunseling Komuniti Khusus untuk aktivis kaunseling komuniti menyelamatkan kumpulan Lesbian Gay Bisexual Transgender (LGBT), People Living With (PLHIV) dan Sex Workers (SW). Bengkel ini bermula 12 hingga 14 Oktober 2018 di Palma Hotel Ampang.

Tujuan bengkel diadakan adalah memberi kesedaran dan kefahaman mengenai keperluan kaunseling dalam komuniti. Selain itu, bengkel ini juga menyediakan satu pasukan prihatin yang memiliki kemahiran kaunseling yang mampu menjadi pencetus budaya prihatin dan membantu kepada komuniti LGBT, PLHIV dan SW yang ingin kembali kepada fitrah dan agama Islam.

Bengkel selama 3 hari 2 malam juga diisi dengan pelbagai aktiviti yang menarik antaranya kaunseling dalam terapi komuniti masakini, memahami impak kesihatan dalam komuniti LGBT dan mencapai kecemerlangan dunia dan akhirat dengan penghayatan terapi asmaul husna.

Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGOi) yang terlibat dalam bengkel ini adalah Hijrah Republique Network, Komuniti Gabungan, Islah Movement, Usrah Iqrak, PIP (Komuniti Mak Nyah) dan DIZ Kuantan.

MAIS melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab berperanan dalam mendidik dan menyampaikan islah kepada golongan asnaf Al-Riqab yang diistilah sebagai orang yang terbelenggu dalam maslah social pada masa kini. Penerimaan asnaf A-Riqab seramai empat puluh (40) golongan dan antaranya ialah telah disantuni bermula pada tahun 2012.