Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS ANJUR KURSUS PEMBANGUNAN KEPIMPINAN DINAMIK KEPADA NGO-I MAIS

SHAH ALAM 17 Oktober  –  Seramai 170 orang peserta dikalangan NGO-i (MAIS) telah hadir mengikuti Kursus Pembangunan Dinamik NGO-i anjuran Majlis Agama Islam Selangor (MAIS.

Kursus selama setengah hari ini telah diadakan di Hotel Grand Bluewave bertujuan melahirkan pimpinan NGO-i MAIS yang lebih berkarisma dan dinamik dalam mendepani cabaran ancaman akidah dan sosial umat Islam di samping memberi pendedahan perbezaan pandangan dalam melaksanakan misi dakwah menurut perspektif Islam. 

Dalam kursus ini, sebanyak 2 slot utama kepada peserta antaranya adalah ‘Adab Berbeza Pandangan Dalam Menangani Permasalahan Akidah dan Sosial Umat Islam’ yang disampaikan oleh SS Dato’ Dr. Haji Anhar bin Opir, Timbalan Mufti Selangor.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Prof. Madya Dr. Yasmin Hanani binti Mohd Safian, Ahli MAIS merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan.