Selasa, 4 Rabiulawal 1440 / 13 November 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

SEMINAR PENGURUSAN HARTA ORANG ISLAM DAERAH KUALA SELANGOR

KUALA SELANGOR  30 Oktober  - Majlis Agama Islam (MAIS) melalui MAIS Daerah Zon Utara telah menganjurkan Seminar Pengurusan Harta Orang Islam (Wasiat, Hibah dan Pusaka) pada 30 Oktober 2018 di Dewan Raja Lumu, Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor.

Seminar ini diadakan adalah bertujuan memberi pendedahan dan penerangan dengan lebih jelas berhubung cara-cara pengurusan harta wasiat, hibah dan pusaka.

Penceramah jemputan seminar ini ialah Ustaz Indera Shahril bin Mohd Sahid, Pengurus Harta Baitulmal MAIS. Tajuk yang diketengahkan dalam seminar pada kali ini adalah berkaitan wasiat dan hibah serta cara pengurusan dan pentadbiran harta pusaka.

Selain itu, MAIS juga turut mempromosikan bijak Pusaka Game yang mana permainan diadaptasi daripada monopoly dan Saidina yang membantu membuka minda masyarakat untuk mendalami dan mencintai ilmu faraid.

Program pada hari ini juga telah dirasmikan oleh Encik Muhammad Najwa bin Mohd Sharif, Pengurus Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Daerah Kuala Selangor.