Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

MAIS ADAKAN LAWATAN KE ARKIB NEGARA MALAYSIA

KUALA LUMPUR  14 November  –  Seramai 14 orang peserta lawatan MAIS melibatkan pengurus dan pegawai telah mengikuti lawatan ke Arkib Negara Malaysia yang diketuai oleh Encik Farid bin Baharon, Pengarah Penyelidikan Dan Perancangan Strategik. Lawatan ini turut disertai oleh Ahli Jawatankuasa Pemandu Pusat Pengetahuan MAIS. 

Rombongan MAIS disambut baik oleh Encik Ade Iskandar bin Roslan, Pegawai Perhubungan Awam Arkib Negara Malaysia bersama pegawai-pegawai Arkib.

Lawatan ini diadakan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung sistem pengurusan fail serta pengurusan surat secara berpusat di samping mempelajari sistem pengurusan sumber digital yang digunapakai oleh Arkib Negara.

Di akhir lawatan, rombongan MAIS di bawa melihat Seksyen Pengurusan Rekod dan Registri serta Seksyen Makmal Pendigitalan bagi melihat operasi secara keseluruhan.