Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KSK MAIS SALUR BANTUAN KEPADA SALAH SEORANG PEGAWAI MAIS

TANJUNG KARANG 15 November  –  Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah mengadakan ziarah dan memberikan sumbangan kepada pegawai MAIS iaitu Puan Nur Afniza binti Kahpi yang ditimpa musibah kebakaran baru-baru ini.

Dalam kunjungan ini, Kelab Sukan Dan Kebajikan (KSK) MAIS telah menyalurkan sumbangan berbentuk cek kepada Puan Nur Afniza. Selain itu, turut menyumbang adalah Pengerusi MAIS serta pegawai-pegawai MAIS yang membuat kutipan khas bagi pegawai yang ditimpa musibah.

Sumbangan disampaikan oleh Encik Ahmad Helmi bin Rahmat @Abd Sukor, Pengerusi Kelab Sukan dan Kebajikan (KSK) MAIS.

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merakamkan ucapan salam takziah buat Puan Nur Afniza, semoga Allah S.W.T. memberikan ketabahan dan kekuatan kepada beliau dan keluarga dalam mengharungi dugaan dan ketentuanNya.