Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

NGO-I KEMBOJA LIHAT PENGURUSAN MAAHAD TAHFIZ INTEGRASI TEKNOLOGI DAN SAINS SELANGOR

SHAH ALAM 21 November    –  Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) negara Kemboja telah mengadakan lawatan ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).

Delegasi lawatan seramai 4 orang diketuai oleh Tuan Hosen bin Mohamad Farid, Pengerusi Jawatankuasa Pertubuhan Islam Bukan Kerajaan (NGO-i) negara Kemboja bersama pegawai-pegawai negara Kemboja.

Lawatan selama setengah hari bermula pada sebelah pagi disambut mesra oleh Dato’ Setia Haji Mohamed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Dato’ Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS disusuli dengan lawatan tapak ke Sekolah Maahad Tahfiz Integrasi Teknologi Dan Sains, Alam Impian, Shah Alam.

Lawatan bertujuan mendapatkan maklumat berhubung sistem pelaksanaan Pendidikan Islam terutama berkaitan dengan pengurusan Maahad Tahfiz Integrasi Teknologi dan Sains di negeri Selangor.

Turut hadir, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor, dan Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan Islam, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).