Isnin, 8 Rabiulakhir 1440 / 17 Disember 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Berita

KONTINJEN MAIS TURUT SERTA DALAM PERARAKAN MAULIDURRASUL 1440H

SHAH ALAM 20 November – Majlis Sambutan Maulidurrasul Peringkat Negeri Selangor 1440H disambut meriah dengan kehadiran rakyat Selangor yang memenuhi Stadium Shah Alam seawal pukul 8.00 pagi.

Sambutan pada tahun ini mengangkat tema ‘Menyantuni Umat Membawa Rahmat’ .

Majlis disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Turut hadir sama adalah Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Dato’ Mufti Selangor dan Setiausaha MAIS.

Sambutan ini dimeriahkan dengan perarakan daripada pintu gerbang Stadium Shah Alam ke Stadium Malawati sambil berselawat ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad SAW.

Antara jabatan dan badan yang mengambil bahagian adalah daripada jabatan kerajaan, badan berkanun, institut pengajian tinggi (swasta,IPTA), masjid, NGO dan sekolah menengah.

Sebanyak 80 kontinjen yang terlibat termasuk kontinjen MAIS seramai 45 orang. Disamping itu juga, kontinjen terbaik diberi penghargaan mengikut dua kategori iaitu kategori perarakan dan kategori sepanduk.