Khamis, 18 Ramadan 1440 / 23 Mei 2019

Berita

MAIS DENGAN MAHKAMAH SYARIAH NEGERI MELAKA ADAKAN PERBINCANGAN KERJASAMA

SHAH ALAM 30 November   –  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan Mahkamah Syariah Negeri Melaka yang diketuai oleh YAA Tuan Mohd Nazri bin Abdul Rahman, Ketua Hakim Syarie, Mahkamah Syariah Negeri Melaka bersama pegawai-pegawai yang lain.

Lawatan ini bagi menyatakan hasrat Mahkamah Syariah Negeri Melaka untuk mengadakan Memorandum Persefahaman (MOU) dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) selain untuk menghantar pelatih tahanan akidah dan kesalahan syariah ke Pusat Pemurniaan Akidah Baitul Iman.

Perbincangan ini dipengerusikan oleh Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, Setiausaha MAIS. Turut serta Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.