Rabu, 16 Jamadilawal 1440 / 23 Januari 2019

Berita

MAJLIS PERSARAAN SETIAUSAHA MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS)

SHAH ALAM 14 Disember   -  Dato’ Haji Bakhtiar bin Hussin, yang akan bersara dan menamatkan perkhidmatannya sebagai Setiausaha MAIS pada 19 Disember 2018 melahirkan rasa penuh kesyukuran dan teruja apabila beliau dirai di dalam Majlis Persaraan Setiausaha MAIS yang telah diadakan di Dewan Dahlia, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj.

Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan di atas segala sumbangan dan khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh YBhg Dato’ Setiausaha MAIS sepanjang 5 tahun berkhidmat di MAIS bermula daripada tahun 2013.

Dalam majlis tersebut, turut diadakan penyampaian cenderamata daripada MAIS, Agensi Agama Islam Selangor dan Anak Syarikat MAIS kepada Dato’ Haji Bakhtiar sebagai tanda penghargaan dan ingatan .

Turut hadir, Pengerusi MAIS, Anggota-Anggota MAIS, Pengarah JAIS, Ketua Hakim Syarie JAKESS serta Ketua-Ketua Jabatan Anak Syarikat MAIS dan warga kerja MAIS.