Khamis, 14 Rejab 1440 / 21 Mac 2019

Berita

WACANA SINAR: ‘BAHAYA ANCAMAN AKIDAH KEPADA UMMAH’

SHAH ALAM 20 Disember   -  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput sebagai ahli panel di dalam  program Wacana Sinar bertajuk: Bahaya Ancaman Akidah Kepada Ummah’ yang diadakan di Dewan Karangkraf, Seksyen 15 baru-baru ini.

Program wacana ini anjuran Sinar Harian yang disiarkan pada setiap hari Selasa dan hari Khamis pukul 3.00 petang sehingga 5.00 petang yang disiarkan secara langsung menerusi Facebook Sinar Harian, Facebook Sinar TV, Youtube Sinar TV, Twitter Sinar Harian dan Twitter Sinar TV.

MAIS diwakili oleh Prof. Madya Dato’ Mohd Mokhtar bin Shafii, Anggota MAIS merangkap Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor. Selain MAIS, ahli panel yang dijemput adalah Prof. Dato’ Noor Aziah binti Mohd Awal, Profesor Undang-Undang UKM dan Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali, Panel Penyelidik Fatwa, Jabatan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan yang dipengerusikan oleh Encik Ahmad Fedtri bin Yahya, Personaliti TV.

Program bual bicara kali ini membincangkan isu yang melibatkan ancaman terhadap akidah umat Islam kini yang menjadi punca kepada cabaran umat dan keimanan kepada Allah S.W.T.