Jumaat, 16 Jamadilakhir 1440 / 23 Februari 2019

Berita

MAJLIS PENYERAHAN GERAN DAN SUMBANGAN VAN RUMAH PEMULIHAN RIQAB MAIS 2019

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menyerahkan sumbangan bantuan Geran Sukuan 2019 kepada 18 buah Rumah Pemulihan Riqab (RPA) berjumlah RM1,916,00.00, Geran Tahunan kepada sembilan (9) buah RPA berjumlah RM1,560,000.00 dan sumbangan van kepada tujuh (7) buah RPA berjumlah RM872,412.00.

Bantuan ini merupakan sumbangan dana bagi tahun 2019 dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM4,348,412.00 bertujuan membantu golongan asnaf riqab yang memerlukan bantuan pemulihan, perlindungan, rawatan, pencegahan dan kawalan selain pelbagai bantuan lain agar golongan ini dapat kembali ke pangkal jalan.

Sumbangan ini telah disampaikan oleh YAD Tan Sri Dato’ Seri Abdul Aziz Bin Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Riqab Negeri Selangor dalam satu (1) Majlis Penyerahan Geran Dan Sumbangan Van Rumah Pemulihan Al Riqab di Hotel Aliya, Klang.

Antara RPA yang menerima sumbangan bagi Geran Sukuan 2019 adalah Hidayah Insani, Rumah Sahabat, Bela Insan dan Sahabat PERKID. Manakala bagi sumbangan bagi Geran Tahunan 2019 adalah Rumah Penawar Sungai Panjang, Rumah Solehah dan Pertubuhan Insan Disayangi. Antara penerima yang menerima sumbangan van pula ialah Bayi Rahmah, Rumah Safiyyah dan Akhlak Insani.