Jumaat, 16 Jamadilakhir 1440 / 23 Februari 2019

Berita

MAJLIS PERUTUSAN PENGERUSI MAIS TAHUN 2019

SHAH ALAM 15 Januari 2019 - Majlis Perutusan Pengerusi MAIS Bagi Tahun 2019 telah diadakan di Dewan Muktamar, JAKESS pada 15 Januari 2019.

Ucapan dan amanat serta rancangan bagi tahun 2019 telah disampaikan oleh YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.

Turut hadir dalam majlis ini ialah Sahibus Samahah Dato' Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Yang Dimuliakan Anggota-Anggota MAIS, Yang Amat Arif Ketua Hakim Syarie, Sahibus Saadah Pengarah JAIS dan Ketua-Ketua Jabatan serta Ketua-Ketua Pegawai Eksekutif Anak Syarikat MAIS.

Jemputan juga terdiri daripada Pengurusan Tertinggi Majlis Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor, Jabatan Mufti Negeri Selangor, Jabatan Pendakwaan Syarie Selangor, Lembaga Zakat Selangor, Perbadanan Wakaf Selangor, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Yayasan Islam Darul Ehsan, Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd dan Bakti Suci Holdings Sdn Bhd.