Jumaat, 16 Jamadilakhir 1440 / 23 Februari 2019

Berita

TAKLIMAT PUSAT PENDAFTARAN PENGISLAMAN MAIS

KLANG 16 Januari 2019 - Taklimat Pusat-Pusat Pendaftaran Pengislaman Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Dan Sumbangan Badan/Persatuan Saudara Baru anjuran MAIS dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah

diadakan pada 16 Januari 2019 di Bilik Seminar Hassan Al Basri, Kompleks MAIS Klang yang dihadiri oleh wakil-wakil pusat pengislaman yang berdaftar di seluruh Negeri Selangor.

Tujuan taklimat diadakan adalah untuk menyampaikan maklumat terkini berhubung pendaftaran pengislaman di MAIS. Penceramah dalam taklimat ini adalah Ustaz Suhaimi Bin Ismail, Pengurus Pendaftaran Muallaf MAIS dan Ustaz Haji Anwarulhaq Bin Sulaiman, Pengurus Profilan Muallaf LZS