Rabu, 18 Syaaban 1440 / 25 April 2019

Berita

PROGRAM PENYAMPAIAN HADIAH PEMENANG PERTANDINGAN BULAN MEMBACA DAN BULAN SEJARAH MAIS 2018

SHAH ALAM 25 Januari - Satu Majlis Penyampaian Hadiah Bulan Membaca dan Bulan Sejarah MAIS bagi tahun 2018 telah diadakan di Perpustakaan Wakaf MAIS, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam. Pada tahun 2018, sebanyak 2 program telah dianjurkan oleh Pusat Pengetahuan iaitu Program Bulan Membaca dan Bulan Sejarah MAIS.

Program Bulan Membaca MAIS ini telah diadakan pada 1 Ogos 2018 sehingga 31 Oktober 2018. Sebanyak 2 kategori pertandingan yang dijalankan iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak serta terbuka kepada semua ahli perpustakaan. Pertandingan kategori dewasa adalah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Ulasan Buku, Pertandingan Tulisan Khat, Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak dan Pertandingan Teka Berat dan Jumlah Buku manakala bagi kategori kanak-kanak adalah Pertandingan Mewarna (7-9 tahun), Pertandingan Puzzle (10-12 tahun), Pertandingan Cari Perkataan (7-9 tahun) dan Pertandingan Cari Perkataan (10-12 tahun). Bagi Program Bulan Sejarah MAIS pula telah diadakan pada 1 Ogos 2018 sehingga 30 Ogos 2018 dengan 2 pertandingan yang dipertandingkan (Pegawi MAIS sahaja) iaitu Pertandingan Teka Gambar dan Pertandingan Teka Teki Silang.

Penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abdul Salam, Pengurus Pusat Pengetahuan MAIS.