Khamis, 14 Rejab 1440 / 21 Mac 2019

Berita

LAWATAN MAJLIS UGAMA ISLAM SABAH KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

SHAH ALAM 15 Feb 2019 – Lawatan kerja daripada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan pada 15 Februari 2019 di Bilik Mesyuarat Haji Ali, Tingkat 6, Menara Selatan, Bangunan Sultan Idris Shah, Shah Alam.

Lawatan ini dipengerusikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS. Ketua delegasi daripada MUIS ialah YBhg. Datuk Seri Panglima Dr. Haji Hasbullah Bin Haji Mohd Taha, Yang Dipertua MUIS. Jumlah delegasi daripada MUIS adalah seramai 22 orang termasuk Ahli-ahli MUIS, Setiausaha MUIS dan Pegawai-pegawai Kanan MUIS.

Tujuan lawatan kerja diadakan adalah untuk bertukar pandangan terhadap pengurusan baitulmal, pengurusan zakat, pengurusan wakaf dan pengurusan masjid dan surau di Negeri Selangor. Selain itu, turut hadir dalam lawatan ini ialah Penasihat Undang-undang MAIS, Pengurusan Tertinggi MAIS, Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAIS dan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid JAIS.