Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

PERBINCANGAN MEJA BULAT : PENGISLAMAN KANAK-KANAK DAN PENENTUAN UMUR BALIGH KANAK-KANAK BAGI TUJUAN PENGISLAMAN

20 Februari 2019, Shah Alam – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pendaftaran Muallaf MAIS dan Bahagian Undang-Undang MAIS telah mengadakan Perbincangan Meja Bulat: Pengislaman Kanak-Kanak Dan Penentuan Umur Baligh Kanak-Kanak Bagi Tujuan Pengislaman di Hotel De Palma, Shah Alam.

Perbincangan tersebut telah dipengerusikan oleh YAD Dato’ Haji Emran Bin Haji Kadir, Orang Besar Daerah Petaling merangkap Timbalan Pengerusi MAIS. Turur hadir dalam perbincangan tersebut ialah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Timbalan Mufti Selangor, Ketua Hakim Syarie, Ketua Pendakwa Syarie, YBhg. Dr. Farid Ravi Bin Abdullah, YBhg. Prof. Madya Khadijah Binti Mohd Khambali @ Hambali, Ahli-ahli Jawatankuasa Undang-Undang Negeri Selangor dan Penasihat Undang-Undang MAIS.

Perbincangan tersebut juga bertujuan mendapatkan pandangan pakar berkaitan status agama kanak-kanak mengikut hokum syarak, pengislaman kanak-kanak menurut undang-undang dan penentuan umur baligh kanak-kanak dari perspektif Islam serta perubatan. Resolusi perbincangan juga akan dijadikan sebagai asas kepada pindaan peruntukan undang-undang berhubung dengan pengislaman kanak-kanak di Negeri Selangor. 

Pembentang-pembentang pada perbincangan tersebut adalah YBhg. Prof. Dr. Mohamed Azam Bin Mohamed Adil Timbalan Ketua Pengarah Eksekutif International Istitute of Advanced of Islamic Studies, YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar Pengarah Pembangunan Sosial MAIS, Sahibus Samahah Dato’ Dr. Anhar Bin Opir Timbalan Mufti Selangor dan YBhg. Dr. Noor Shafina Binti Mohd Noor Pensyarah Kanan Pediatric Endocrinologist UiTM.