Khamis, 14 Rejab 1440 / 21 Mac 2019

Berita

DYMM SULTAN SELANGOR SAMPAI WATIKAH PELANTIKAN NAZIR DAN IMAM MASJID-MASJID NEGERI SELANGOR

KLANG  3 Mac   Majlis Istiadat Pengurniaan Watikah Pelantikan Nazir dan Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor telah diadakan di Balairung Seri Istana Alam Shah.

Seramai 382 orang Nazir Masjid dan 833 orang Imam Masjid-Masjid Negeri Selangor bagi sesi 2019 hingga 2021 telah menerima watikah pelantikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj. Turut berangkat hadir Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah. Penerima watikah ini terdiri daripada Imam Masjid Negeri, Masjid Daerah, Masjid Diraja, Masjid Naik Taraf, Masjid Istana dan Masjid Kariah di seluruh negeri Selangor.

Turut hadir, YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS dan Sahibus Samahah Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abdul Wahid.