Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 24 Ogos 2019

Berita

SYARIAH MEJA BULAT: 'REBUT HARTA PUSAKA'

DAMANSARA UTAMA 5 Mac  -  Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah dijemput sebagai ahli panel di dalam  program bual bicara Syariah Meja Bulat bertajuk ‘Rebut Harta Pusaka” yang diadakan di Studio Media Prima Berhad baru-baru ini.

Program bual bicara ini disiarkan secara langsung pada setiap hari Selasa pukul 11.00 malam sehingga pukul 12.00 malam di saluran TV3. Program ini juga disiarkan secara langsung menerusi sosial media Facebook, Twitter dan Youtube Live.

MAIS diwakili oleh Ustaz Muhamad Fazil bin Kamarul Zaman, Pegawai Unit Faraid, Bahagian Harta Baitulmal. Selain MAIS, Ahli Panel yang dijemput adalah Tuan Moeis bin Basri, Timbalan Presiden, Persatuan Peguam Syarie Malaysia. Program ini dihoskan oleh Encik Ally Iskandar, Personaliti TV.

Program kali ini membincangkan cara kiraan yang betul pembahagian harta pusaka mengikut sistem Faraid.