Isnin, 19 Zulkaedah 1440 / 23 Julai 2019

Berita

PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BUKA KAUNTER PAMERAN

SHAH ALAM 23 Mac – Perpustakaan Wakaf MAIS telah membuka kaunter pameran di Dewan Sekolah Agama Menengah Tinggi Tengku Ampuan Jemaah, (SAMTAJ) Seksyen 11 bersempena Hari Maktabah yang dianjurkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor pada 23 Mac 2019. 

Pembukaan kaunter pameran ini adalah bertujuan memperkenalkan Perpustakaan Wakaf MAIS serta mempromosikan perkhidmatan dan aktivitinya kepada pelajar, guru dan peserta yang terlibat dalam program tersebut. Dalam pada itu, pendaftaran keahlian perpustakaan dan program wakaf tunai juga dibuka kepada pengunjung yang mengunjungi kaunter perpustakaan.