Khamis, 18 Ramadan 1440 / 23 Mei 2019

Berita

RAJA MUDA SELANGOR SAMPAIKAN SUMBANGAN AIDILFITRI KEPADA ANAK YATIM DI MELAKA

TANJUNG KLING -  Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 54 penerima dari Rumah Anak Yatim Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (RAYSS).

Sumbangan itu adalah daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dengan setiap penerima menerima RM300 dan kupon membeli pakaian hari raya di Pasar raya Hari-Hari bernilai RM100 setiap seorang.

Turut hadir pada program itu Tuan Adly Zahari Ketua Menteri Melaka Merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Encik Azman Aziz Setiausaha MAIM, Puan Nurhani Salwa Jamaluddin Penasihat Undang-Undang MAIS, Dato' Dr. Hj Anhar Hj Opir Timbalan Mufti Selangor dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE.