Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

PROGRAM IFTAR BERSAMA ASNAF RIQAB

KLANG 7 Mei 2019 - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Pemulihan Al-Riqab telah mengadakan Program Iftar Bersama Asnaf Riqab di Rumah Pemulihan Riqab iaitu Rumah Pertubuhan Usrah Fitrah hari ini.

Peserta yang terlibat dalam program hampir 160 orang melibatkan 10 buah Rumah Pemulihan Riqab dan 1 pertubuhan antaranya ialah Rumah Penjagaan Damai, Rumah Puteri Arafiah, Rumah Darul Wardah, Rumah Hidayah Insani dan Rohingya Education Centre.

Turut hadir program ini ialah YB Tuan Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan Dr. Hj. Ahmad Shahir Makhtar Pengarah Pembangunan Sosial MAIS.

Program ini juga turut diserikan dengan Tazkirah Ramadhan yang bertajuk ‘Marhaban Ya Ramadhan’. Tazkirah ini telah disampaikan oleh Ustaz Suhaimi Ismail, Pengurus Pendaftaran Muallaf MAIS.