Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

MAIS TERIMA KUNJUNGAN KEDUTAAN PALESTIN DAN YAYASAN MYAQSA

SHAH ALAM 10 Mei - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah menerima kunjungan dari Kedutaan Palestin dan Yayasan MyAQSA bertujuan untuk membincangkan saluran sumbangan yang boleh diserahkan untuk kebajikan dan bantuan perubatan kepada rakyat Palestin.

Lawatan ini disertai seramai empat orang pegawai diketuai oleh TYT Walid Abu Ali, Duta Palestin ke Malaysia turut diberi taklimat tentang organisasi MAIS yang disampaikan oleh Encik Mohd Farid bin Baharon, Pengarah Pengurusan Korporat MAIS. 

Lawatan kerja ini ternyata dapat memberi manfaat kepada kedua belah pihak dalam urusan sesuatu sumbangan dan secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan dua hala di antara Malaysia dan Palestin.

Perbincangan dipengerusikan oleh YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS. Turut hadir Puan Nurhani Salwa binti Jamaludin, Penasihat Undang-Undang MAIS.