Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

SUMBANGAN HARI RAYA ANAK YATIM, MASJID BARU SEKSYEN 7 SHAH ALAM

SHAH ALAM, 11 MEI: Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah berkenan mencemar duli menyampaikan Sumbangan Aidilfitri berjumlah RM274,500 kepada 2,745 anak-anak yatim daerah Klang dan Petaling.

Seramai 600 orang anak yatim dijemput bagi menerima sumbangan RM300 setiap seorang yang diperuntukkan oleh Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) iaitu anak syarikat MAIS yang telah berlangsung bertempat di Masjid Baru, Seksyen 7.

Pada majlis yang sama, DYTM Tuanku bagi pihak YIDE turut berkenan menerima sumbangan dari SELGATE Corporation Sdn Bhd (RM55,600), KDEB Waste Management Sdn Bhd (RM15,000) manakala Perbendaharaan Negeri Selangor dan AftaCorp Sdn Bhd masing-masing menyumbang RM10,000.

Turut hadir pada program itu adalah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin Penasihat Undang-Undang MAIS, Dato' Dr. Hj Anhar Hj Opir Timbalan Mufti Selangor dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE.