Khamis, 18 Ramadan 1440 / 23 Mei 2019

Berita

PENYAMPAIAN SUMBANGAN HARI RAYA ANAK YATIM RUMAH KASIH HARMONI

PAYA JARAS 12 Mei  - Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah telah berkenan berangkat bagi menyerahkan sumbangan hari raya kepada anak yatim Rumah Kasih Harmoni.

Baginda mengagihkan sumbangan berjumlah RM9,500 kepada 95 anak yatim dengan setiap seorang menerima RM100 sebagai bantuan persiapan Aidilfitri yang telah diperuntukkan oleh Yayasan Islam Selangor Darul Ehsan (YIDE).

Selepas selesai majlis, Baginda turut menunaikan solat Zuhur secara berjemaah di Surau Rumah Kasih Harmoni bersama anak yatim terbabit.

Sebelum berangkat pulang, Baginda sempat melawat ke lokasi projek penyimpanan makanan, Food Bank yang dirintis oleh YIDE dan CSR bagi memastikan rumah itu sentiasa mempunyai bekalan makanan yang mencukupi.

Turut hadir pada program itu adalah Puan Nurhani Salwa Jamaluddin Penasihat Undang-Undang MAIS, Dato' Dr. Hj Anhar Hj Opir Timbalan Mufti Selangor dan Encik Nur Mohd Razali Abdullah Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif YIDE.