Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

DYMM SULTAN SELANGOR SAMPAIKAN BANTUAN AIDILFITRI DI MASJID BANDAR UTAMA, BATANG KALI

HULU SELANGOR, 15 MEI: Seramai 464 asnaf dari Hulu Selangor berbesar hati menerima bantuan Aidilfitri yang disampaikan oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah. 

Penerima sumbangan hari raya terdiri daripada 78 orang fakir, 291 orang miskin dan 95 muallaf. Sumbangan itu diserahkan pada Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Bersama Rakyat di Masjid Bandar Utama, Batang Kali.

Sebaik selesai menyampaikan bantuan dan berbuka puasa, DYMM Sultan Selangor berkenan menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih bersama penduduk setempat.

Turut hadIr pada majlis itu ialah YAB Dato’ Menteri Besar Selangor Amirudin bin Shari; dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi.