Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

MAJLIS SAMBUTAN NUZUL AL-QURAN DI MASJID RAJA HAJI FISABILILLAH

CYBERJAYA, 22 MEI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1440H di Masjid Raja Haji Fisabilillah.

Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Kebarangkatan Baginda ke majlis ini berlangsung sejurus selepas Baginda memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Almarhum KDYMM Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah di Istana Negara.

Pada majlis ini, Baginda berkenan menyampaikan sumbangan bantuan Aidilfitri berjumlah RM209,000 kepada 418 asnaf fakir, miskin dan muallaf di Daerah Sepang.

Turut hadir dalam majlis ini adalah YAD Dato’ Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.