Ahad, 12 Syawal 1440 / 17 Jun 2019

Berita

DYMM SULTAN SELANGOR RASMIKAN MASJID AL-FALAH, RAWANG

RAWANG, 21 MEI: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan menyempurnakan perasmian Masjid Al-Falah, Taman Tun Teja.

Kebarangkatan Baginda diiringi DYMM tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Masjid dua tingkat ini yang dibina berkonsepkan Melayu klasik itu menelan kos berjumlah RM10 juta dan mampu menampung sehingga 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Pada majlis yang sama, Baginda turut menyerahkan sumbangan Aidilfitri berjumlah RM500 setiap seorang kepada 79 asnaf fakir, 2017 asnaf miskin dan 193 muallaf.

Baginda kemudian berbuka puasa bersama penduduk setempat dan menunaikan solat Maghrib berjemaaf diikuti solat Isyak serta solat Tarawih.