Jumaat, 21 Zulhijjah 1440 / 23 Ogos 2019

Berita

MAJLIS BERBUKA PUASA DYMM SULTAN SELANGOR BERSAMA RAKYAT BAGI DAERAH PETALING

SERDANG, 27 MEI - Majlis Berbuka Puasa DYMM Sultan Selangor diteruskan dengan Daerah Petaling. Masjid yang terpilih bagi Daerah Petaling ialah Masjid Jamek Kompleks Pertanian, Serdang.

Penerima Bantuan Raya yang hadir dalam majlis tersebut terdiri daripada asnaf fakir, miskin dan muallaf seramai 360 orang.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Orang Besar Istana, Dato' Menteri Besar Selangor, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Pengerusi MAIS, Pengarah JAIS dan Ketua-Ketua Jabatan dan Agensi di Negeri Selangor.