Selasa, 20 Zulkaedah 1440 / 23 Julai 2019

Berita

PENGERUSI MAIS SAMBUT BAIK KUNJUNGAN MENTERI KANAN JABATAN PERDANA MENTERI NEGARA KEMBOJA

SHAH ALAM 21 Jun  -   YAD. Dato Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS menyambut baik kunjungan H.E Okhna Datuk Othsman bin Hassan, Menteri Kanan Jabatan Perdana Menteri Negara Kemboja ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi menjalinkan hubungan silaturahim serta berkongsi pandangan dan pengalaman sesama umat Islam.

Kunjungan hormat ini merupakan salah satu agenda lawatan bagi Jabatan Perdana Menteri Negara Kemboja untuk mendapatkan maklumat berhubung pengurusan Baitulmal, Wakaf dan Zakat. Seramai 6 orang delegasi Kemboja turut terlibat dalam lawatan ini antaranya adalah pegawai di Kementerian Agama Kemboja, Kementerian Perdagangan Negara Kemboja, Kementerian Maklumat Negara Kemboja dan Timbalan Muslim Youth Alliance Kemboja.

Selain diberi pendedahan berkaitan perjalanan organisasi MAIS, ahli-ahli delegasi juga turut diberi peluang mengutarakan pelbagai soalan bagi mendapatkan penjelasan isu atau persoalan yang dibangkitkan.

Semoga lawatan yang diadakan ini dapat mewujudkan persefahaman dua hala di antara MAIS dan Jabatan Perdana Menteri Negara Kemboja demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam di negeri Selangor. 

Turut hadir bagi meraikan kedatangan delegasi Kemboja adalah Dato’ Setia Haji Mohd Tamyes bin Abd Wahid; Dato’ Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar; Pemangku Setiausaha MAIS, Encik Mohd Farid Bin Baharon; Pengarah Pengurusan Korporat MAIS, Puan Azlinda binti Azman; Timbalan Pengarah (Pengurusan) JAIS, Ustaz Anuar Hamzah bin Tohar; Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) dan wakil pegawai Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS).