Selasa, 20 Zulkaedah 1440 / 23 Julai 2019

Berita

MAJLIS SAMBUTAN AIDILFITRI BANGUNAN SULTAN IDRIS SHAH MERIAH

SHAH ALAM 25 Jun - Biarpun Syawal sudah menghampiri penghujungnya, namun suasana meriah Aidilfitri masih terasa apabila amalan kunjung mengunjung dan rumah terbuka terus diadakan.

Bagi warga Bangunan Sultan Idris Shah yang terdiri daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) Jabatan Mufti Selangor, Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Selangor (JAKESS) serta tidak ketinggalan anak syarikat MAIS iaitu Lembaga Zakat Selangor (LZS), Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) turut sama menganjurkan Majlis Sambutan Aidilfitri bagi meraikan pegawai dan orang awam yang diadakan Bangunan SIS.

Majlis bermula dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 3.00 petang dengan menu makanan yang pelbagai disediakan kepada tetamu bagi menambahkan lagi keceriaan majlis. Antara hidangan yang disediakan ialah nasi arab,satey, lemang, nasi bukhara dan pelbagai hidangan raya. Majlis diserikan dengan kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Pengerusi MAIS, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Dato’ Mufti Selangor.