Selasa, 20 Zulkaedah 1440 / 23 Julai 2019

Berita

LAWATAN MAJLIS AGAMA ISLAM MELAKA (MAIM) KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR (MAIS) 2019

SHAH ALAM 11 Julai – Lawatan kerja daripada Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan pada 11 Julai 2019 di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah Tingkat 10, Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor.

Lawatan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Pemangku Setiausaha MAIS. Ketua delegasi terdiri daripada MAIM ialah YBhg. Encik Mohg Leow bin Abdullah, Penolong Setiausaha Bahagian Balai Islam, MAIM. Jumlah delegasi daripada MAIM adalah seramai 4 orang.

Tujuan lawatan kerja diadakan adalah untuk mendapatkan maklumat berhubung agihan, latihan dan kebajikan pengurusan pendaftaran Muallaf. Selain itu, turut hadir dalam lawatan ini ialah Encik Abdul Basith bin Hamid, Ketua Divisyen Operasi Agihan serta pegawai-pegawai dari MAIS.