Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

LAWATAN KERJA PEGAWAI SYARIAH JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH PERAK KE PUSAT PERLINDUNGAN WANITA BAITUL EHSAN MAIS

SABAK BERNAM 19 JULAI – Pusat Perlindungan Baitul Ehsan MAIS telah dikunjungi oleh delegasi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Pusat serta melihat prosedur yang berkaitan dalam mentadbir urus sesebuat pusat.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan sebuah pusat pemulihan waniya di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor.