Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

SETIAUSAHA MAIS RASMIKAN SEMINAR TAHFIZ PERINGKAT NEGERI SELANGOR

SHAH ALAM 31 Julai  -  Setiausaha MAIS, Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar telah sudi merasmikan program Seminar Tahfiz Peringkat Negeri Selangor Kali Ke-4 Bagi Tahun 2019 anjuran Bahagian Pendidikan JAIS.

Program yang berlangsung selama setengah hari ini bertujuan menyelaraskan pelaksanaan Kokurikulum Tahfiz di Maahad Integrasi Tahfiz sekitar Selangor di samping melahirkan pelajar tahfiz yang berkualiti dan cemerlang di dalam bidang agama serta akademik.

Selain itu, program ini juga memberi ruang perbincangan untuk menambah baik pelaksanaan sedia ada dalam menghasilkan jatidiri guru yang cemerlang melalui perkongsian modul strategi kecemerlangan pelajar.

Menerusi program ini, sebanyak dua kertas kerja telah dibentangkan antaranya adalah ‘Hala Tuju Pendidikan Tahfiz di Malaysia’ yang telah disampaikan oleh Encik Mohd Kamal bin Mahdi, Ketua Penolong Pengarah, Sektor Sumber Manusia Sekolah Agama, Bahagian Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia dan ‘Kaedah Hafazan Al-Quran di Malaysia yang disampaikan oleh Encik Mohd Khairil Anuar bin Mohd Wafa, Certified Stifin Trainer (Hafazan).