Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

MAIS RAI PENERIMA ANUGERAH PERKHIDMATAN CEMERLANG DAN PESARA

SHAH ALAM 1 OGOS - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Majlis Apresiasi MAIS 2019 pada 1 Ogos 2019 bertempat di Hotel Concorde, Shah Alam.

Majlis ini meraikan seramai 26 orang penerima Anugerah meliputi Anugerah Pegawai Cemerlang Tahun 2018, Anugerah Pengiktirafan Perkhidmatan 15 Tahun, Haji Tajaan MAIS 2019, Umrah Tajaan MAIS 2019, Anugerah Persaraan Tahun 2019 dan Anugerah Persaraan Tahun 2020.

Penyampaian sijil dan hadiah disampaikan oleh YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS diiringi oleh YAD Dato Haji Emran bin Haji Kadir, Timbalan Pengerusi MAIS dan Dr. Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima APC MAIS dan selamat maju jaya buat semua pesara MAIS. Jasa dan budimu dihargai selamanya.