Khamis, 20 Zulhijjah 1440 / 22 Ogos 2019

Berita

PERSIDANGAN PENDAFTAR MUALLAF DAN PUSAT PUSAT PENGURUSAN PENGISLAMAN MAIS

MELAKA 2 OGOS - Persidangan Pendaftar Muallaf Dan Pusat-Pusat Pengurusan Pengislaman Majlis Agama Islam Selangor(MAIS) telah bersidang selama tiga hari iaitu pada 2-4 Ogos 2019 (jumaat-ahad) di Hotel Mudzaffar, Melaka.

Persidangan ini melibatkan semua pendaftar-pendaftar muallaf di Negeri selangor termasuk ketua pendaftar Muallaf yg terdiri dikalangan Pegawai Tadbir Agama Dari semua daerah, Setiausaha MAIS, pengurus Pendaftaran Muallaf, Pen. Pengurus MAIS daerah, semua pegawai yang terlibat dengan pengurusan Muallaf di peringkat daerah Dan ibu pejabat Serta Pusat-Pusat pengurusan pengislaman yang terdiri Dari kalangan NGOi, Masjid Dan pusat2 pengajian Islam IPTA di Negeri Selangor.

Sebanyak 4 pembentangan kertas kerja 1 Kali diskusi Dan 1 Kali perkongsian idea sebelum rumusan telah dikongsi bersama sepanjang persidangan berlangsung. Banyak perkara Dan isu-isu terkini yang telah dikongsikan bersama semua semua pusat pendaftaran Dan pengurusan pengislaman MAIS, termasuk penambahbaikan pengurusan pendaftaran Muallaf, pengislaman dan pendaftaran pengislaman kanak-kanak, kes-kes yang melibatkan pengesahan status Agama di Mahkamah Tinggi Syariah, Perkongsian pengurusan Muallaf di peringkat lapangan Dan penambahbaikan perkara-perkara yang melibatkan undang-undang.

Persidangan telah menghasilkan beberapa resolusi bersama untuk tindakan semua pusat pendaftaran Dan pengurusan pengislaman MAIS yang dibacakan oleh Dr Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar selaku Setiausaha MAIS merangkap Ketua Pendaftar Muallaf, MAIS diakhir sesi.

Persidangan Pendaftar Pendaftar Muallaf Dan Pusat Pusat Pengurusan Pengislaman telah disempurnakan oleh Dr Farid Ravi Bin Abdullah selaku Ahli Majlis Agama Islam Selangor merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf, Majlis Agama Islam Selangor tepat jam 12.00 tengahari pada 4 Ogos 2019 (ahad).