Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

BENGKEL PENYEDIAAN SENARAI SEMAK PASUKAN AUDIT DALAM MAIS

SHAH ALAM 5 Ogos 2019 –  Bengkel Penyediaan Senarai Semak Pasukan Audit Dalam MAIS telah diadakan pada 5 hingga 7 Ogos 2019 di Hotel Grand Blue Wave, Shah Alam.

Bengkel dilaksanakan bertujuan sebagai persediaan audit dalam MAIS yang meliputi dokumen kualiti seperti manual kualiti, Manual Prosedur Kerja, Titik Kawalan Kritikal Syariah dan Amalan serta Pelan Pengurusan Risiko.

Bengkel telah dikendalikan oleh Pn Zarina Binti Mohd Sharif, Pegawai Kualiti, Jabatan Agama Islam Selangor.