Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

LAWATAN KERJA YAYASAN SOFA KE MAJLIS AGAMA ISLAM SELANGOR

SHAH ALAM 22 OGOS – Lawatan kerja daripada Yayasan Sofa ke Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan pada 22 Ogos 2019 di Bilik Mesyuarat Al-Mukarramah Tingkat 10, Menara Utara, Majlis Agama Islam Selangor.

Lawatan ini dipengerusikan oleh YBhg. Dr. Ahmad Shahir bin Makhtar, Pemangku Setiausaha MAIS. Ketua delegasi daripada Yayasan Sofa ialah YBhg. Ustaz Haji Md Farid bin Samad Al-Hafiz, Yang Di-Pertua Yayasan Sofa. Jumlah delegasi daripada Yayasan Sofa adalah seramai 7 orang.

Tujuan lawatan kerja diadakan adalah untuk mengeratkan silaturrahim, mendapatkan pandangan serta nasihat tentang kerjasama pendidikan dan dakwah.  Selain itu, turut hadir dalam lawatan ini ialah Ustazah Normadiah binti Haji Harun, Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Kanan JAIS serta pegawai-pegawai MAIS.