Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

LAWATAN KERJA MAIS KE PEJABAT DAERAH TANAH SABAK BERNAM

SABAK BERNAM 23 OGOS - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Sektor Hartanah telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam pada hari ini.

Lawatan hari ini bertujuan untuk menjalinkan kerjasama strategik di samping untuk meningkatkan sosio ekonomi asnaf dan ummah Islam di Negeri Selangor antara MAIS dan Pejabat Tanah dan Daerah Sabak Bernam. 

Lawatan ini diketuai oleh Tuan Haji Shah Ruddin Bin Abdul Hamid, Pengarah Hartanah. Turut hadir Encik Mohd Farif Bin Baharon, Pengarah Pengurusan Korporat.