Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

PROGRAM BULAN MEMBACA MAIS & BULAN SEJARAH MAIS 2019

SHAH ALAM 28 Ogos   –  Bermula pada 1 Ogos sehingga 31 Oktober 2019, Perpustakaan Wakaf MAIS atau Pusat Pengetahuan MAIS yang terletak di Wisma MAIS, Seksyen 3 akan menganjurkan aktiviti dan program khas sempena Bulan Membaca MAIS dan Bulan Sejarah MAIS 2019 yang terbuka kepada semua ahli perpustakaan wakaf MAIS dan orang awam.

Sebanyak 2 kategori pertandingan yang dijalankan iaitu kategori dewasa dan kategori kanak-kanak. Antara jenis pertandingan kategori dewasa adalah Pertandingan Selfie/Wefie mengikut Tema Selangkah ke Perpustakaan Seribu Kegembiraan, Peminjam Buku Terbanyak dan Ulasan Buku dan Pertandingan Melukis Poster manakala bagi kategori kanak-kanak adalah merekacipta Kad Bulan Membaca, Menaip Pantas dan Pemainan Puzzle Challange.

Selain itu, sepanjang bulan membaca MAIS juga turut diadakan program Le Tour De MAIS iaitu terbuka kepada pegawai MAIS yang menjadi ahli perpustakaan sahaja. Program ini merupakan perkhidmatan troli bergerak kepada setiap bahagian di MAIS bagi menggalakkan pinjaman buku kepada setiap pegawai MAIS.

Program bulan membaca MAIS ini telah dirasmikan oleh Prof. Dato’ Dr. Mujaini bin Tarimin, Anggota MAIS yang dihadiri oleh Pengarah dan Pengurus di setiap bahagian MAIS. Turut hadir wakil pegawai anak syarikat MAIS.

Pada majlis perasmian ini juga turut diadakan aktiviti perkongsian ilmu bertajuk ‘Bringing The Blockchain Into The Pyysical World’ yang disampaikan oleh Dr. Irni Eliana Khairuddin, Pensyarah dari Fakulti Pengurusan Maklumat Universiti Teknologi Mara dan Kursus Terapi Mewarna yang dikawalselia oleh Puan Hasnita binti Ibrahim, Pengurus Maklumat Perpustakaan Bernama.

Sebarang pertanyaan dan informasi berkaitan Pertandingan Bulan Membaca MAIS 2019 ini bolehlah menghubungi Puan Satriatiwangi binti Abd Rahim dan Encik Mohd Zharip di talian 03-55108631 atau bolehlah melayari laman web http://libmais.gov.my atau www.perpustakaanwakaf.blogspot.com.