Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

PERBINCANGAN MEJA BULAT – PERAYAAN DAN KEMATIAN: KAITAN ANTARA BUDAYA, ADAT DAN RITUAL AGAMA

SHAH ALAM 28 Ogos - Perbincangan Meja Bulat - Perayaan Dan Kematian: Kaitan Antara Budaya, Adat Dan Ritual Agama telah diadakan di Hotel Bluewaves anjuran Sektor Pembangunan Sosial MAIS.

Perbincangan ini bagi mengenalpasti dengan lebih mendalam tentang kepelbagaian budaya, adat dan ritual agama di kalangan muallaf yang mempunyai latar belakang agama yang pelbagai khususnya berkaitan perayaan dan kematian.

Program ini dirasmikan oleh Dr Haji Mohd Farid Ravi bin Abdullah, Anggota MAIS merangkap Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Muallaf MAIS. Turut hadir Dr Haji Ahmad Shahir bin Makhtar, Setiausaha MAIS.