Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

PROGRAM PENERANGAN PENGURUSAN HARTA ORANG ISLAM

PUTRAJAYA 29 Ogos – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) melalui Bahagian Harta Baitulmal telah mengadakan program penerangan pengurusan harta orang Islam bertempat di Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC).

Program penerangan yang diadakan selama 2 jam ini mendedahkan kepada peserta tentang pengurusan harta orang Islam yang meliputi pengurusan wakaf, faraid, wasiat, harta luqatah dan wang tidak patuh syariah. Penerangan ini telah diaturkan oleh MAIS bagi meningkatkan kefahaman tentang pengurusan dan perkhidmatan MAIS kepada masyarakat umum. 

Taklimat disampaikan oleh Ustaz Muhamad Fazil bin Kamarul Zaman, Eksekutif Harta Baitulmal. Rata-rata peserta yang menghadiri program penerangan ini begitu menghargai usaha murni pihak MAIS menganjurkan program bagi menambah ilmu pengetahuan berkaitan perkhidmatan MAIS yang ditawarkan.