Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

CYBERJAYA - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan Bengkel Pelan Strategik MAIS 2020 - 2024 bersama dengan Anggota-Anggota MAIS pada 20 dan 21 Julai 2019 di Cyberjaya.

Bengkel telah dipengerusikan oleh YAD Dato' Setia Haji Mohammed Khusrin Bin Haji Munawi, Pengerusi MAIS.

Bengkel pada kali ini ialah bagi membincangkan tentang Pelan Strategik MAIS tahun 2020 hingga 2024 untuk memantapkan penyampaian perkhidmatan terutama kepada maayarakat Islam di Negeri Selangor.

SABAK BERNAM 19 JULAI – Pusat Perlindungan Baitul Ehsan MAIS telah dikunjungi oleh delegasi daripada Jabatan Kehakiman Syariah Perak.

Lawatan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berhubung operasi keseluruhan Pusat serta melihat prosedur yang berkaitan dalam mentadbir urus sesebuat pusat.

Pusat Perlindungan Wanita Baitul Ehsan merupakan sebuah pusat pemulihan waniya di bawah seliaan Majlis Agama Islam Selangor.

HULU SELANGOR - Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Daerah Tanah Hulu Selangor pada 17 Julai 2019 bagi membincangkan beberapa isu tanah di Daerah Hulu Selangor.

Lawatan kerja ini diketuai oleh YBhg. Dr. Haji Ahmad Shahir Bin Makhtar, Setiausaha MAIS. Turut hadir dalam lawatan kerja ini ialah YBhg. Dato Kamarudin Bin Abd Manan, Ahli Jawatankuasa Pelaburan, Encik Mohd Farid Bin Baharon Pengarah Pengurusan Korporat dan Tuan Haji Shah Ruddin Bin Abd Hamid Pengarah Hartanah.

Lawatan kerja pada hari ini adalah bagi membincangkan isu-isu tanah di Daerah Hulu Selangor di samping untuk mengembangkan lagi sosio ekonomi ummah Islam di Negeri Selangor.