Khamis, 19 Muharram 1441 / 20 September 2019

Berita

SHAH ALAM  8 Januari  –  DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al – Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj berkenan melantik dan menerima sembah menghadap 20 orang Ahli MAIS Sesi 2015 - 2017 pada satu majlis yang diadakan pada 8 Januari 2015  di Istana Bukit Kayangan.

MAIS melahirkan rasa simpati ke atas mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri di Malaysia dan rasa simpati ini diluahkan melalui usaha MAIS dan anak syarikat (KUIS, LZS, MAIS Zakat, YIDE dan PWS) serta agensi agama Islam di negeri ini dengan menghulurkan bantuan berupa barangan dan tenaga kepada mangsa-mangsa banjir berkenaan. MAIS turut merangka program bantuan jangka panjang (pasca banjir) bagi menyalurkan bantuan.