Ahad, 12 Syawal 1440 / 17 Jun 2019

Al-Riqab


 Susunan oleh: Bhagian Komunikasi Korporat MAIS

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN AL-RIQAB?

Ar-riqab adalah salah satu golongan yang berhak menerima zakat. Perkara ini disebut di dalam ayat 60 surah at-Taubah yang bermaksud, “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya (ar-riqab), dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.”

[U1] [U2] 

Setelah meneliti perbezaan pandangan oleh para fuqaha’ dalam mentafsirkan golongan yang layak menerima zakat di bawah asnaf ar-riqab ini dan menilai kemaslahatan umat Islam pada masa kini, Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor telah mengharuskan penggunaan wang zakat untuk membantu asnaf ar-riqab yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah.

 

Fatwa Jenis Penerima Asnaf al-Riqab Negeri Selangor Dan Apa-Apa Yang Berkaitan Dengannya yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 telah memperincikan individu yang layak menerima zakat al-Riqab. Ini termasuklah individu yang terlibat dengan masalah sosial dan akidah seperti berikut:-

 

(1)    Masalah sosial:

 

(a) Terbelenggu dengan dadah:

i. Penagih dadah.

ii. Bekas penagih dadah.

 

(b) Terbelenggu dengan masalah jenayah syariah:

i. Minum arak.

ii. Zina.

iii. Judi.

iv. Khalwat

v. Buang anak

vi. Mengandung luar nikah.

vii. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

viii. Sumbang mahram.

ix. Persetubuhan haram.

x. Muncikari (ibu ayam).

xi. Menjual atau memberikan anak kepada orang bukan Islam.

xii. Dan lain-lain yang berkaitan Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995.

 

(c) Terbelenggu dengan amalan salah Islam:

i. Tidak solat.

ii. Tidak puasa.

iii. Buang anak.

iv. Usaha ingin bunuh diri.

v. Hidup bersama pelacur.

 

(d) Terbelenggu dengan gaya hidup sonsang:

i. Pelacur.

ii. Lesbian.

iii. Mak Nyah (Transexual).

iv. Gay.

v. Homoseksual.

vi. Gigolo.

vii. Biseksual.

viii. Pengkid.

ix. Tomboy.

x. Bersedudukan dengan orang bukan Islam.

 

(e) Terbelenggu dengan kes juvana:

i. Gangster.

ii. Jenayah melibatkan harta benda.

iii. Pergaduhan yang nelibatkan kecederaan.

iv. Kes rompak.

v. Pecah rumah.

vi. Kes rogol.

vii. Jenayah yang melibatkan peralatan senjata yang merbahaya.

viii. Ugutan yang melibatkan keganasan.

 

(f) Terbelenggu dengan penyakit kronik :

i. Penyakit HIV/AIDS.

ii. Kanser/barah.

iii. Tibi.

iv. Hepatitis.

v. Dan lan-lain.

 

(2)    Masalah Akidah:

 

(a) Terbelenggu dengan masalah syirik dan khurafat:

i. Doktrin palsu.

ii. Mengaku menjadi nabi.

iii. Menghina Islam.

iv. Pemujaan salah.

v. Mempersendakan Al-Quran dan Hadis.

 

(b) Memurnikan akidah orang Isalam yang terpesong

i. Orang yang ingin/berhasrat murtad.

ii. Orang yang dalam proses Istitabah.

 

2. MENGAPA ASNAF AL-RIQAB PERLU DIBANTU?

Berasaskan kepada keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor 2011, peruntukan dari sumber zakat boleh digunakan bagi membebaskan umat Islam yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah bagi memastikan mereka bertaubat dan kembali ke pangkal jalan. Mutakhir ini, permasalahan sosial amat membimbangkan dengan peningkatan jumlah orang yang menghidap HIV dan perlakuan seks songsang, kes wanita hamil tanpa nikah, peningkatan jumlah penagih dadah, judi dan arak, kanak-kanak terpinggir tanpa pendidikan dan perlindungan yang selamat, warga emas gelandangan, peningkatan golongan LGBT serta orang yang mendapat penyakit mental akibat dari penyalahgunaan dadah dan ajaran sesat. Lebih malang lagi, mereka ini sebahagiannya adalah umat Islam yang memerlukan bimbingan untuk mereka kembali bertaubat. Justeru, MAIS menggalas tanggungjawab membantu membimbing asnaf al-riqab supaya mereka kembali bertaubat dan menjadi mukmin yang diredhai Allah S.W.T.

 

[U3] 3. APAKAH SYARAT-SYARAT PENERIMA BANTUAN ASNAF RIQAB DAN BAGAIMANAKAH KAEDAH PENYAMPAIAN BANTUAN OLEH MAIS KEPADA ASNAF AL-RIQAB?

Fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang telah diwartakan pada 7 Jun 2012 telah menggariskan bahawa kriteria penerima asnaf al-riqab iaitu hendaklah :-

1)    beragama Islam;

2)    tiada mempunyai sumber kewangan yang mencukupi;

3)    tidak mendapat bantuan daripada sumber-sumber lain;

4)    telah mendapat pengesahan pihak MAIS untuk membebaskan dirinya dari belenggu yang dihadapi; dan

5)    dengan rela hati mengikuti program pemulihan dan rawatan spiritual Islam yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dan bersetuju menghadiri kelas-kelas bimbingan agama yang telah ditetapkan oleh pihak MAIS.

 

Untuk tujuan ini, MAIS telah memperkasakan Bahagian Pemulihan Al-Riqab bagi melaksanakan penyerahan bantuan secara sistematik kepada asnaf al-riqab yang memenuhi syarat-syarat tersebut di atas. Bantuan zakat asnaf al-riqab ini akan disalurkan oleh pihak MAIS melalui perantara mana-mana institusi, pusat, NGO Islam dan individu perseorangan yang dibenarkan oleh undang-undang dan Hukum Syara’ yang berfungsi melaksanakan tugas-tugas membebas, mengurus, melindungi, merawat dan memulih asnaf al Riqab supaya dapat menjalani kehidupan dengan lebih sempurna menurut Islam.

Golongan al-riqab ini juga layak mendapat manfaat wang zakat melalui program pemulihan yang dilaksanakan oleh pihak MAIS dengan dibantu oleh NGOi yang berdaftar dengan pihak MAIS bertujuan mendidik dan membimbing mereka menjadi mukmin yang diredhai Allah. Bantuan keperluan hidup juga turut diberikan kepada golongan ini. Sebagai contoh, asnaf al-riqab diberi bantuan sewa rumah agar mereka boleh berhijrah ke tempat tinggal yang lebih baik agar mereka istiqamah dengan cara hidup bersyariat. Selain itu, bantuan kewangan bulanan juga diberikan kepada individu yang menjaga mereka supaya individu tersebut dapat memanfaatkan wang tersebut bagi menggalakkan asnaf al-riqab menghadiri kelas bimbingan yang dianjurkan oleh pihak MAIS. Bantuan-bantuan lain seperti bantuan modal perniagaan dan bantuan perubatan juga diberikan kepada asnaf al-riqab untuk meringankan beban kehidupan agar mereka semakin dekat dengan Allah.