Rabu, 6 Safar 1440 / 17 Oktober 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Pengumuman

KENYATAAN MEDIA

TINDAKAN PELAKSANAAN PENGUATKUASAAN JENAYAH SYARIAH DI NEGERI SELANGOR

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan meneruskan tindakan penguatkuasaan atas apa-apa aduan terhadap semua kesalahan jenayah syariah termasuk kesalahan khalwat melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor.

MAIS menegaskan bahawa pelaksanaan undang-undang syariah adalah di bawah bidang kuasa negeri dan telah diperuntukkan dengan jelas dalam Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang Negeri. MAIS sentiasa memantau dan memastikan tindakan penguatkuasaan yang dijalankan adalah bertepatan dengan Standard Operating Procedure yang diluluskan dan undang-undang yang berkuat kuasa.

Justeru, MAIS menasihati semua umat Islam di Negeri Selangor untuk tidak melakukan apa-apa kesalahan jenayah Syariah yang termaktub di dalam Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995. Semua pihak juga digesa untuk memberikan maklumat berkaitan apa-apa perbuatan jenayah syariah yang berlaku untuk tindakan penguatkuasaan ke hotline JAIS di talian 1-800-88-2424.

Y.A.D. DATO’ SETIA HAJI MOHAMMED KHUSRIN BIN HAJI MUNAWI

S.S.I.S., A.S.A., P.P.T.

PENGERUSI MAIS

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) ingin mempelawa firma guaman sivil dan syariah yang berdaftar memenuhi syarat-syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon sebagai Panel Peguam MAIS. Borang Permohonan dan syarat lantikan Panel Peguam MAIS boleh didapati melalui capaian yang berikut (sila klik di sini)

CARA MEMOHON:

1. Pemohon hendaklah mengisi lengkap borang yang disediakan permohonan dan dokumen sokongan hendaklah diserahkan kepada:

Bahagian Undang-Undang
Majlis Agama Islam Selangor
Tingkat 9 Menara Utara
Bangunan Sultan Idris Shah
40000 Shah Alam
Selangor.

Untuk sebarang pertanyaan, sila berhubung Cik Nurul Ain di talian 03-5514 3400 samb 3527. Tarikh tutup permohonan pada 31 Oktober 2018.