Ahad, 30 Ramadan 1438 / 25 Jun 2017
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

Perutusan Pengerusi MAIS

 

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Selamat Datang ke laman web rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, MAIS berhasil menyusun semula laman web ini dengan wajah baru sesuai dengan peredaran masa kini. Menyedari akan kepentingan laman ini sebagai salah satu wadah untuk MAIS mendekatkan diri dengan masyarakat, pelbagai info dan maklumat berkaitan MAIS dipaparkan. Laman web ini menyediakan segala maklumat berkaitan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh MAIS dalam memastikan kesejahteraan sosial dan ekonomi umat Islam di Selangor, antaranya perkhidmatan MAIS berkaitan wakaf, faraid, penyewaan, mal dan sebagainya. Segala maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini diharap dapat membantu pelawat memanfaatkan maklumat yang ada sebaik mungkin di mana maklumat terkini MAIS dipaparkan dari masa ke semasa.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau cadangan, bolehlah diajukan terus kepada pihak MAIS melalui talian telefon dan email yang tertera di laman ini. Semoga segala cadangan dan sokongan yang diberikan kepada MAIS akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan status Selangor sebagai negeri Maju.

Wassalam.

Y.A.D. DATO' SETIA HAJI MOHAMAD ADZIB BIN MOHD ISA

Pengerusi MAIS