Rabu, 8 Muharram 1440 / 20 September 2018
  • Waktu Solat
     
    Imsak
    5:41
    Subuh
    5:51
    Syuruk
    7:06
    Zuhur
    13:14
    Asar
    16:18
    Maghrib
    19:18
    Isyak
    20:27

MS 1900:2014 (SHARIAH)

 

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada warga Majlis Agama Islam Selangor di atas hasil usaha dan komitmen yang tinggi sehingga Majlis Agama Islam Selangor berjaya memperolehi persijilan Sistem Pengurusan Kualiti Berasaskan Shariah MS 1900:2014 pada tahun 2017 daripada SIRIM QAS International Sdn. Bhd.

 

Urusetia Kualiti MAIS : Bahagian Pentadbiran, Majlis Agama Islam Selangor

                                 No. Tel : 03-55143606

 

 

MS ISO 9001:2008

 

Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya memperolehi persijilan MS ISO 9001:2000 pada 6 Jun 2008. Pada 8 Oktober 2009, Majlis Agama Islam Selangor telah berjaya menaiktaraf kepada versi MS ISO 9001:2008 sehingga tahun 2017. Pada tahun 2018, Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam proses peralihan untuk menaiktaraf kepada versi baru MS ISO 9001:2015.

  

Urusetia Kualiti MAIS : Bahagian Pentadbiran, Majlis Agama Islam Selangor

                                 No. Tel : 03-55143606

 

 

KUMPULAN INOVASI DAN KREATIF (KIK)

 

Alhamdulillah, tahniah dan syabas diucapkan kepada Kumpulan WASIMAL daripada Bahagian Harta Baitulmal dan Kumpulan M'CARE daripada Bahagian Pendaftaran Muallaf kerana berjaya mendapat pengiktirafan di atas keterlibatan dalam Konvensyen Team Excellence anjuran Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Semoga kejayaan ini akan memberi semangat kepada semua warga Majlis Agama Islam Selangor untuk terus terlibat dalam aktiviti KIK.

 

Kumpulan WASIMAL

Tajuk Projek : Kelewatan Memproses Dokumentasi Wasiat

Konvensyen Mini Team Excellence Wilayah Tengah 2017

Tarikh : 28 Mac 2017

Tempat : Hotel Grand Bluwave, Shah Alam

 

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017

Tarikh : 24-25 Julai 2017

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

 

 

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)

Tarikh : 14-16 November 2017

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

 

 

Kumpulan M'CARE

Tajuk Projek : Proses Pendaftaran Muallaf mengambil Masa Yang Lama

 

Konvensyen Team Excellence Peringkat Wilayah 2017

Tarikh : 24-25 Julai 2017

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

 

Konvensyen Team Excellence Peringkat Kebangsaan Sempena  Annual Productivity & Innovation Conference and Exposition(APIC 2017)

Tarikh : 14-16 November 2017

Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa Genting, Pahang

 

Urusetia Kualiti MAIS : Bahagian Pentadbiran, Majlis Agama Islam Selangor

                                 No. Tel : 03-55143606

 

AMALAN PERSEKITARAN BERKUALITI 5S

 

Majlis Agama Islam Selangor telah memperolehi persijilan Amalan Persekitaran Berkualiti 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada tahun 2014. Majlis Agama Islam Selangor sedang dalam proses peralihan kepada persijililan Ekosistem Kondusif Sektor Awam oleh Unit Pemodenan Tadbiran Dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU).

 

Urusetia Kualiti MAIS : Bahagian Pentadbiran, Majlis Agama Islam Selangor

                                 No. Tel : 03-55143606

Visi

"Menjadi Sebuah Organisasi (Perbadanan) Islam Yang Teguh, Berwibawa, Dihormati dan Dicontohi Pada Tahun 2025"

 

Misi

"Membangunkan Sosial dan Ekonomi Ummah Di Negeri Selangor Dalam Memartabatkan Syiar Islam"

 

Objektif

  • Memastikan DYMM Sultan Selangor dinasihati secara propessional mengenai hal ehwal pentadbiran Islam;
  • MAIS berorientasikan strategi dan berprestasi tinggi (HPO);
  • Syiar Islam berimpak tinggi;
  • Sistem penyampaian yang cekap dan diiktiraf;
  • Mengukuhkan kewangan dan harta secara lestari (Pro-growth); dan
  • Melahirkan modal insan yang progresif, kompeten dan berwibawa.


STRATEGI MAIS

  1. Pembentukan masyarakat berilmu, beriman, beramal dan berakhlak;
  2. Pemerkasaan ekonomi dan pengurusan harta yang efisyen dan efektif;
  3. Pengurusan Dakwah yang komprehensif dan berkesan; dan
  4. Pengukuhan jaringan kerjasama institusi Islam

 

MOTTO MAIS

"MENGHARAP KEREDHAAN ALLAH"

 

ETIKA KERJA MAIS

"AMANAH, PRIHATIN DAN MESRA"

 

BUDAYA KERJA

"ILMU YANG TINGGI, KOMUNIKASI YANG BERKESAN"

NILAI MURNI

"MUHASABAH, AMANAH, ISTIQAMAH, SYURA"

 

 

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Assalamualaikum Wrt. Wbt.

Selamat Datang ke laman web rasmi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS)

Alhamdulillah, dengan izin dan limpah kurnia Allah SWT, MAIS berhasil menyusun semula laman web ini dengan wajah baru sesuai dengan peredaran masa kini. Menyedari akan kepentingan laman ini sebagai salah satu wadah untuk MAIS mendekatkan diri dengan masyarakat, pelbagai info dan maklumat berkaitan MAIS dipaparkan. Laman web ini menyediakan segala maklumat berkaitan fungsi dan peranan yang dimainkan oleh MAIS dalam memastikan kesejahteraan sosial dan ekonomi umat Islam di Selangor, antaranya perkhidmatan MAIS berkaitan wakaf, faraid, penyewaan, mal dan sebagainya. Segala maklumat yang dipaparkan dalam laman web ini diharap dapat membantu pelawat memanfaatkan maklumat yang ada sebaik mungkin di mana maklumat terkini MAIS dipaparkan dari masa ke semasa.

Jika terdapat sebarang kemusykilan atau cadangan, bolehlah diajukan terus kepada pihak MAIS melalui talian telefon dan email yang tertera di laman ini. Semoga segala cadangan dan sokongan yang diberikan kepada MAIS akan dapat mempertingkatkan lagi mutu perkhidmatan kami ke tahap yang lebih tinggi selaras dengan status Selangor sebagai negeri Maju.

Wassalam.

YAD DATO' SETIA HAJI MOHAMMED KHUSRIN HAJI MUNAWI

Pengerusi MAIS

Latar Belakang MAIS

MAIS merupakan satu entiti pertubuhan perbadanan (a body corporate) menurut Seksyen 5(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003.

Pada 1 Mac 2005, Pentadbiran Bahagian Pengurusan Baitulmal (BPB) telah dipindahkan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke MAIS dan telah disahkan oleh Mesyuarat MAIS pada 14 April 2005.

Pengasingan ini adalah menepati kehendak peruntukan Seksyen 81(3) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 yang menyatakan bahawa MAIS berkuasa untuk mentadbir dan berhak kepada semua wang dan harta Baitulmal.


KEWAJIPAN MAIS

"MAKA HENDAKLAH MENJADI KEWAJIPAN MAJLIS UNTUK MENGGALAKKAN, MENDORONG, MEMBANTU DAN MENGUSAHAKAN KEMAJUAN DAN KESEJAHTERAAN EKONOMI DAN SOSIAL MASYARAKAT ISLAM DI DALAM NEGERI SELANGOR SELARAS DENGAN HUKUM SYARAK"

Seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003


FUNGSI MAIS

Pada awal penubuhannya, fungsi MAIS adalah untuk menasihati DYMM Sultan sebagaimana diperuntukkan dalam Seksyen 37 Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) yang menyatakan seperti berikut:

'Majlis bagi pihaknya dengan kuasa dikurniakan oleh DYMM Sultan bagi sifatnya menjadi Ketua Agama Negeri inil Hendaklah menolong dan menasihatkan kepada DYMM Sultan di atas segala perkara yang berkaitan dengan Agama Negeri dan Adat Istiadat Melayu, dan hendaklah di dalam segala perkara-perkara itu menjadi kuasa yang tertinggi sekali di dalam negeri ini melainkan yang ada berlawanan dengan perkara yang tersebut di dalam Undang-undang ini.'

Walau bagaimanapun, pada tahun 2003, fungsi MAIS tersebut telah dimansuhkan dan digantikan dengan Seksyen 6 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana berikut:

'Majlis hendaklah membantu dan menasihati DYMM berkenaan dengan semua perkara yang berhubungan dengan Agama Islam di dalam Negeri Selangor, kecuali perkara-perkara Hukum syarak dan berhubungan dengan pentadbiran keadilan, dan dalam semua perkara sedemikian hendaklah menjadi pihak berkuasa utama di dalam Negeri Selangor selepas Duli Yang Maha Mulia Sultan, kecuali jika diperuntukkan selainnya dalam Enakmen ini.'

 

KUASA MAIS

Kuasa-kuasa MAIS yang diperuntukkan dalam Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam 1952 (Enakmen No. 3 Tahun 1952) dengan Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 adalah sama dalam 10 bidang kuasa.

Walau bagaimanapun, terdapat penambahan kuasa untuk MAIS dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 sebagaimana dijelaskan dalam jadual berikut:

 

1952

2003

1.

Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.

Majlis berkuasa menjadi pewaris, harta pusaka dan wakil amanah.

2.

Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian. 

Majlis berkuasa menjalankan aktiviti komersial dan perindustrian.

3.

Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui bantuan kewangan.

Majlis berkuasa menggalakkan kegiatan komersial tersebut melalui bantuan kewangan.

4.

Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. 

Majlis berkuasa menjalankan kegiatan komersial secara usaha sama. 

5.

Majlis berkuasa membuat pelaburan. 

Majlis berkuasa membuat pelaburan. 

6.

Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan penyelidikan Islam.

Majlis berkuasa menubuhkan sekolah Islam, Institut latihan dan penyelidikan Islam.

7.

Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. 

Majlis berkuasa menubuhkan perbadanan dan anak syarikat. 

8.

Majlis berkuasa membuat pinjaman. 

Majlis berkuasa membuat pinjaman. 

9.

Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.

Majlis berkuasa melantik jawatankuasa-jawatankuasa dan pegawai untuk membantu dalam menunaikan kewajipannya.

10.

Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.

Majlis berkuasa menentukan tatacara dan amalannya sendiri.

11.

 

Majlis berkuasa menubuhkan, mengurus dan mengawal rumah-rumah kebajikan untuk anak yatim. 

12.

 

Majlis berkuasa menubuhkan skim pinjaman pendidikan tinggi. 

13.

 

Majlis berkuasa melakukan segala perbuatan yang sesuai dan bermanfaat.

 

 

Berikut adalah enakmen-enakmen yang diguna pakai oleh Majlis Agama Islam Selangor (dalam format pdf) yang boleh dimuat turun untuk rujukan anda. Sila pastikan anda mempunyai Adobe Acrobat Reader untuk melihat dan mencetak buku-buku ini.

  1. pdf Enakmen Ugama Bukan Islam 1988 (3.10 MB)
  2. pdf Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995 (7.82 MB)
  3. http://www.mais.gov.my/mais-theme/pdf/ewakaf.pdf  
  4. pdf Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (5.39 MB)
  5. pdf Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) (Pindaan) 2008 (363 KB)
  6. pdf Peraturan-Peraturan Tauliah (Negeri Selangor) 2008 (540 KB)
  7. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015